Al-Quran Mushaf Nur Fatimah

Al-Quran Mushaf Nur Fatimah merupakan satu usaha muslimat untuk dunia bagi menghasilkan manuskrip al-Quran beriluminasi penuh. Ia adalah usaha penyalinan mushaf al-Quran beriluminasi penuh pertama di dunia oleh kaum muslimat. Projek Al-Quran Mushaf Nur Fatimah telah selamat dirasmikan pelancarannya oleh D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang ke-11 pada 28 Muharram 1412 H bersamaan 3hb. Mei 2000 bertempat di Pusat Pembinaan Manuskrip Al-Quran Mushaf Malaysia dan Galeri Riyadh Fannil Islam, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor. Projek ini juga telah mendapat pengiktirafan bukan sahaja dari dalam negara, malah negara luar juga turut memperakui usaha murni ini. Ia telah menerima anugerah sebagai satu usaha meninggikan tamadun seni Islam oleh wanita melalui pengembangan seni mushaf sempena Pameran Al-Quran Antarabangsa kali ke-8 yang diadakan di Tehran, Iran pada Disember 2000.